Monday, 26 October 2015

Tenangnya Hati

Assalamualaikum

Cepatnya dh isnin.Cepatnya masa berlalu kan.Aku nak share pasal jiwa aku sekarang ni,
Sejak cerita masalah aku dekat bapak ari tu jiwa aku makin tenang.Memang betullah
solat ketika tengah malam itu membuat jiwa kita makin tenang dan sabar.
Aku nangis berminggu-minggu dengan benda yang tak pasti milik aku.
Bodoh kan ?? Orang cakap bila kita dilanda kesedihan itu bermakna allah nak
kita makin dekat dengan dia.Alhamdulillah aku dh pelan-pelan ubah perangai
aku yang lengah-lengahkan solat,sabar dalam semua hal,dengar pendapat orang lain
dengan hati terbuka.

Mungkin juga allah nak tunjuk orang yang selama ni aku percaya,sanjung and setia
bukan yang terbaik untuk aku.Ya,yang kekal itu akan datang kemudian.Tapi kita tak
tahu bila kan?so sekarang ni better berdoa dan tawakal dalam semua hal.Makin hari aku
rasa makin jauh dari.Aku tahu allah tak nak aku bersedih lagi.Tapi kalau dh memang
jodoh tu ada antara kami,means aku kena la terima kekuasaan allah tu lagi besar
dari segala perancangan aku.

Untuk apa nak berdendam sedangkan dia pernah gembirakan aku suatu ketika dulu.
Dya minta aku bertahan tapi sampai bila?Aku pun ada matlamat hidup aku bukan
kau sahaja.Hati manusia kita tak tahu,hari ni mungkin sayang esok lusa dh bertukar benci.
Alasan yang kau akan dengar nnt cuma menyakitkan hati sahaja.Aku tahu kau cuba
sebaik mungkin tapi pernah kau pikir tindakan kau menyakitkan banyak pihak
sampai kau sendiri buntu tentang diri kau ?Mahu tak mahu biar aku yang buat keputusan .
Kau cakap kau akan datang bila kau dh berjaya?Better dont.Sebab aku takkan pernah
baca buku yang aku dh tahu pengakhirannya.

Wahai hati,tawakallah,bersabarlah dan istiqamalah dalam segala hal.

Nescaya

kelak kau akan lebih bahagia dari sebelumnya.
Satu sahaja aku mohon,
Aku perlu kamu Tuhan.



No comments:

Post a Comment