Wednesday, 18 November 2015

AKU PERNAH

Aku pernah hancur kerana terlalu percaya.
Aku juga pernah patah kerana memilih orang yang salah.
Aku pernah terkubur dalam-dalam dalam hati seseorang yang aku selami dengan niat untuk aku bisa mengerti..
Aku pernah memutuskan berjuang untuk hati yang memperjuangkan orang lain.
Aku pernah tercerai berai ketika kasih ku tak sampai.
Aku pernah tertusuk kepingan hatiku sendiri yang retak ketika sedang berusaha menyusun lalu kau datang lagi.
Aku pernah jatuh kerana cuba beri kesempatan pada hati.
Aku pernah ditinggalkan kerana menunggu.
Aku juga pernah dihakimi kerana melindungi.
Aku pernah ditinggal pergi kerana tak cukup memberi.
Aku pernah ditikam kerana terlalu jujur pada hati sendiri.
Aku pernah disalahkan kerana bicara yang sejujurnya.
Aku pernah disuruh menunggu ketika dia sedang menunggu orang lain.
Aku pernah..
Aku pernah seperti itu..
Sehancur itu aku pernah bangkit hanya untuk dihancurkan kembali.
Aku hanya ingin kau tahu aku pernah sehancur itu. Jika kau yang kupilih sekarang juga hendak mengahncurkanku, tidak mengapa ; aku rela sudah sepenuh hati aku siap.
Hatiku mahu kau genggam kuat-kuat hingga tercerai-berai atau kau simpan sebagai kenang-kenangan, aku tak peduli.
Namun, selama kau masih bersamaku, mahukah kau berada disampingku lebih lama?
Seperti yang kau tahu, sehancur-hancurnya hatiku, kehadiramu selalu bisa menyembuhkan ku..bisa membuatku tertawa tatkala air jernih panas mengalir membasahi pipi..
Kerana kau istimewa tersimpan dalam doa...
If Allah will,you be the last for me

No comments:

Post a Comment