Monday, 28 December 2015

Majlis Kawin

Assalamualaikum

Alahaiiii masi terasa penat cuti baru-baru ni.Khamis lalu aku pergi majlis kawin kawan aku dekat Lahad datu.Alhamdulillah,perkenalan sebagai senior and junior akhirnya dh bergelar suami isteri.Jodoh kan? Hebat kan?Bahagia plus sedih juga masa akad nikah tu berlangsung.Lepas dari LD,esoknya aku pergu majlis kawin lagi tapi tu aku tak kenal siapa.Just teman ibu pergi je.Bila aku Tengok pengantin duduk dekat pelamin tu terdetik juga dihati "aku bila lagi"?.Hahahah.Sabar lah jodoh kw belum seru lagi.Sebab Allah akan hantar yang terbaik untuk aku.Aku pasti akan ada yang terbaik datang bila aku dh bersedia.Bukan menolak yang sebelumnya tapi aku belum bersedia.

Last event semalam.Aku pergi majlis kawan yang aku sendiri tak tahu nak cakap tu kawan aku atau tidak.Sebab pengantin lelaki tu dh pernah datang rumah aku dulu so aku hormat untuk dtng majlis dia semalam.Yang aku tahu la,perkenalan dorang dari bangku sekolah.Hebat nyaa,berjuang selama 9 tahun kalau tak salah dan akhirnya bergelar suami isteri.Alhamdulillah.Semoga kedua pasangan kawan aku ni sentiasa diberikan kebahgian,rezeki yang murah n anak yang ramai dalam menjalani rumah tangga mereka.

"Semoga noya mendapat jodoh yang jujur dan sanggup berjuang bersama tak kira susah atau senang serta setia sampai bila-bila.Amin"

Thanks doakan! Haha

No comments:

Post a Comment