Wednesday, 16 December 2015

Wanita Biasa

Assalamualaikum

Perempuan itu ibarat pakaian buat lelaki
Menghangatkan dimusim hujan
Meneduhkan ketika panas.

Orang cakap
disebalik kejayaan seorang lelaki itu,ada wanita yang berdiri di belakangnya.
Aku?Belum sempurna untuk memberi semangat yang teguh kepada dia.Mungkin aku ada dari dia kosong sampai dia dh bekerjaya,tapi aku bukan orang yang membuka pintu kejayaan untuk dia,bukan yang selalu ada ketika dia perlukan untuk bersemuka.Aku kosong.Aku buntu.Aku tidak sesempurna perempuan lain.

Rindu itu satu fitrah yang tidak bole dielakkan.
Namun berdoa dalam diam itu cara terbaik untuk
lihat orang yang kau sayang tersenyum walaupun tersenyum bukan sebab diri kau.Jauh mana pun kau bertahan,sampai satu tahap kau kena lepaskan juga.Sebab takdir dan jodoh sudah tertulis dari azali lagi.Tahun ni tahun yang sangat perit untuk aku.Tahun yang mengajar aku bagaimana rasa dikhianati,yang ajar aku erti sabar dan paling berkesan untuk aku perubahan hati manusia itu susah dijangka.

Kau aku dan mereka semua yang bergelar perempuan.
Bila lelaki yang kau sayang dh taknak berjuang untuk kau lagi,tolong berhenti bertanya kenapa dan mengapa?
Jawapan senang,kau bukan lagi
istimewa pada pandangan mata dia.

Senyumlah,walaupun diri
Selalu disakiti.

No comments:

Post a Comment